Jumaat, 17 Oktober 2014

Masjid Bulat : Masjid Tun Abdul Aziz




Assalammualaikum w.b.t...

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t dan selawat serta salam kepada rasulullah s.a.w.. Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. aku dapat mencoretkan sedikit perjalanan di atas muka bumi-NYA ini ke destinasi yang menjadi tempat untuk aku mencari ketenangan dan menunaikan kewajiban kepada Maha Pencipta iaitu masjid untuk setiap sang musafir di bumi Allah ini.....
Petang tadi aku dan sahabat aku berkesempatan untuk tunaikan Solat Asar di kawasan sek.14, Petaling Jaya. Kami mengambil keputusan utk tunaikan kewajipan tersebut di salah sebuah masjid yang diberi jolokan dengan Masjid Bulat....Nak tau kenapa masjid ini diberi gelaran begitu, jom kita saksikan rakaman peristiwa bergambar dibawah:

Pemandangan di persekitran Masjid Bulat



Begitu keadaan dan suasana di luar serta di dalam masjid yang diberi gelaran Masjid Bulat ini. Sebenarnya, nama rasmi masjid ini adalah Masjid Tun Abdul Aziz, tetapi disebabkan rekabentuknya bulat, ramai orang menggelarnya masjid bulat. Semua gambar di atas diambil pada 15.07.2010 jam 6.00 petang menggunakan Gajet Mobile

Sabtu, 3 Julai 2010

Masjid Jamek Pekan Sg.Buloh

Assalammualaikum saudara-saudari semuslim,

Alhamdulillah di atas kelapangan waktu yang diberi oleh Allah kepada aku untuk menulis di dalam blog aku ini yang aku lebih inspirasikan kepada masjid-masjid yang aku singgah untuk iqtikaf, menuntut ilmu dan laksanakan kewajipannya.

Baru-baru ini, aku telah menghantar kawan aku ke stesen KTM Sg.Buloh. Selepas hantar beliau, kebetulan sudah masuk waktu solat zohor dan aku singgah di Masjid Jamek Pekan Sg.Buloh. Masjid yang terletak di laluan masuk ke Stesen KTM memudahkan sesiapa sahaja untuk singgah menunaikan perintah Allah Subhanallahu wa taa'la.

Jom kita ronda-ronda di dalamnya..

Ermm...bagaimana mana, dah puas tengok semua gambar-gambar di atas yang menggambarkan keadaan masjid tersebut. Untuk merasai kepuasan dan ketenangan di masjid ini atau kepada sahabat-sahabat yang menaiki Komuter dan turun/naik di stesen KTM Sg.Buloh, jangan lupa untuk singgah menziarahi masjid ini. Kesemua gambar-gambar di atas diambil pada 01 Julai 2010 jam 2 ptg....

"Masjid itu rumah ALLAH"

Rabu, 9 Jun 2010

Aku & Masjid


Assalammualaikum,
Buah tangan untuk blog ini sebab dah lama tidal menulis apa-apa dalam blog aku nie. Untuk permulaan yang baru aku telah menukarkan tajuk blog ini dengan tajuk yang baru iaitu "Aku dan Masjid".
Anda nak tahu mengapa tajuk "Aku dan Masjid" dipilih kerana "Masjid itu rumah Allah dan identiti kita sebagai seorang muslim, banyak dipengaruhi disini.....".

Aku & Masjid, tema baru untuk blog ini, sebelum ini aku menggunakan tema "turun ke hati" tetapi tidak dapat nak turun ke hati kerana aku ini bukan seorang yang pndai menulis kata-kata puitis yang dapat menggetarkan hati sesiapa yang besar. aku hanya tahu menulis mengikut apa yang dirasa, dilalui dan diteliti.....



Daripada blog ini, aku harap dan doa agar Allah sentiasan menganugerahkan dan menimbulkan kecintaan kita terhadap masjid serta kesungguhan kita utuk mengimarahkan masjid dengan solat 5 waktu berjemaah.....Allahumma Aaamin

"Masjid itu rumah ALLAH"

Sabtu, 18 Julai 2009

Turun Ke Hati

Salam ukhwah fillah...

TURUN KE HATI sebuah ungkapan yang membawa pelbagai tafsiran makna yang mendalam.

Mungkin ada yang menafsirkan ia sebuah ungkapan cinta seseorang, ataupun ungkapan falsafah seseorg dan sebagainya.

Apa yang dapat saya terangkan, turun ke hati lebih saya maksudkan sesuatu perkara yang kita mahu kongsikan dengan org lain seperti ilmu, pendapat, cerita, berita dan tips yang berguna yang akan melekat di dalam hati anda semua yang membaca...

semoga artikel yang ada di dalam blog ini turun ke hati anda....salam

Kursus ICT Festis


Salam harian dari aku, ari nie merupakan ari berharga bg diriku. aku berjaya manfaat masa yang berharga ini dengan aktiviti befaedah dgn join kursus ICT Festis anjuran MBSA.. ia di adakan di Perpustakaan Negeri Selangor yang telah di bimbing oleh Sifu Bro Meemor.

Byk benefit yg aku dpt dlm kursus ini. Waktu aku postkan luahan ini pun time dlm kursus nie.

Apa-apa pun hargai masa anda dengan perkara yang bermanfaat. Cari sesuatu yang berguna untuk diri anda hari ini.


Aku baru nak mula memblogkan diri

Salam sejahtera smua pembaca budiman,

ni lah first time ku jadi blogger...byk lg kena tulis. buat permulaan ni tulis dulu apa yang nak di tulis.

Iklan Jer